Bil henpon rm2k+++!!!

Pada suatu hari, pada pukul 4:45 pagi (lebih kurang lah), kami telah men-drive dari Sibu ke Bintulu ke Miri dan akhirnya sampai ke destinasi kami iaitu di Kota Kinabalu..

Tapi, cerita perjalanan berjam-jam tu akan di cerita di entry lain.. Saya cuma mau cerita journey lebih kurang 3 jam di dalam Brunei itu.

Sejurus selepas kami memulakan perjalanan dari Miri, saya menidurkan Ariana dan menidurkan diri sendiri jugak. Mum in law jugak tidur. Mungkin sebab boring, maka Enchek Kedek meng-activatekan digi roaming nya dan mula ber-data.. Update facebook dan ber-google map. Buat pengetahuan anda semua, Enchek Kedek sudah berkali-kali pakai jalan darat untuk ke KK dari Miri, maka google map itu sebenarnya adalah tidak necessary..


Macam ni lah dia ber-google map sambil driving..

Ok, untuk memendekkan cerita yang panjang, semalam Enchek Kedek check bil henpon nya dan dia telah di charge sebanyak RM2931.65 sebab menggunakan perkhidmatan data semasa di Brunei dan kebetulan Brunei tidak termasuk dalam kategori 6 negara yang digi offer flat rate rm38.. naaahhh… kotoh!!!

RM2931.65 itu adalah umpama membeli laptop baru atau pun iphone baru, kemudian di tikam ke dalam laut ataupun sungai yang berdekatan.

Jadi tadi kami pegi digi center untuk memastikan sejauh manakah kebenaran bil itu dan ternyata ianya adalah benar.

Maka kami mengeluarkan lah duit simpanan untuk meng-un-bar kan line henfon Enchek Kedek :,(.. Sudah lah raya..huhu

So, the second time kami pergi ke Digi center dengan membawak duit, tiba-tiba miracle terjadi.

Bil yang bernilai rm2931.65 tu sudah lenyap.. Dan kami pun tidak tau macam mana boleh jadi.

Dalam hati gembira jugak tapi at the same time, berwaspada jugak. Manatau tiba2 muncul balik.

Enchek Kedek knows that Im gonna blog about this and said not to anok him… Hihi.. Kesian.. Nda jugak sampai mau anok laki kan..tapi, sebagai pengajaran kepada kawan2 yang lain untuk tidak meng-activate roaming ketika berada di luar Malaysia tanpa meng-check terlebih dahulu rate yang di kenakan oleh service provider masing-masing.. Kalau digi, ada 6 buah negara ja yang diorang offer flatrate rm36/rm38.. Yang lain2 nda pasti..

Bah..doakan agar bil rm2+k tu cuma kesilapan teknikal dan tidak akan muncul semula di dalam bil.

Tata..